P.U. (A) 335 AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2013 PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 143 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709], Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN Nama dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Perlindungan Data Peribadi 2013. (2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 15 November 2013. Tafsiran 2. Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “pegawai pemeriksa” ertinya seorang pegawai yang diambil kerja oleh Pesuruhjaya di bawah seksyen 51 Akta bagi maksud menjalankan suatu pemeriksaan di bawah seksyen 101 Akta; “standard” ertinya suatu kehendak minimum yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya, yang memperuntukkan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri-ciri bagi aktiviti atau keputusan aktiviti itu, yang matlamatnya adalah pencapaian peringkat susunan yang optimum dalam sesuatu konteks yang diberikan. 4

Seleccionar párrafo de destino3