P.U. (A) 335
(3)
Pengguna data hendaklah memastikan bahawa standard keselamatan dalam
memproses data peribadi dipatuhi oleh mana-mana pemproses data yang menjalankan
pemprosesan data peribadi bagi pihak pengguna data itu.
Prinsip Penyimpanan
Standard penyimpanan
7.
Bagi maksud seksyen 10 Akta, data peribadi seorang subjek data hendaklah
disimpan mengikut standard penyimpanan yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh
Pesuruhjaya.
Prinsip Integriti Data
Standard integriti data
8.
Bagi maksud seksyen 11 Akta, pengguna data hendaklah memproses data peribadi
mengikut standard integriti data yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh
Pesuruhjaya.
Prinsip Akses
Permintaan mengakses data
9.
(1)
Jika seorang subjek data tidak menghendaki suatu salinan data peribadi,
subjek data hendaklah memaklumkan secara bertulis tentang niatnya kepada pengguna
data apabila membuat permintaan mengakses data peribadinya.
(2)
Apabila pengguna data menerima permintaan mengakses data daripada
subjek data menurut subseksyen 30(2) Akta, pengguna data hendaklah mengakui
penerimaan permintaan itu.
7