P.U. (A) 335
(b)
berhubung dengan prinsip notis dan pilihan, rekod notis bertulis
yang dikeluarkan oleh pengguna data kepada subjek data
mengikut seksyen 7 Akta;
(c)
berhubung dengan prinsip penzahiran, senarai penzahiran kepada
pihak ketiga bagi maksud perenggan 8(b) Akta berkenaan dengan
data peribadi yang telah atau sedang diproses olehnya;
(d)
berhubung dengan prinsip keselamatan, polisi keselamatan yang
dibangunkan dan dilaksanakan oleh pengguna data bagi maksud
seksyen 9 Akta;
(e)
berhubung dengan prinsip penyimpanan, rekod pematuhan
mengikut standard penyimpanan;
(f)
berhubung dengan prinsip integriti data, rekod pematuhan
mengikut standard integriti data; atau
(g)
apa-apa maklumat lain yang berkaitan yang disifatkan perlu oleh
Pesuruhjaya atau pegawai pemeriksa.
BAHAGIAN IV
NOTIS PENGUATKUASAAN
Permohonan perubahan atau pembatalan notis penguatkuasaan
15.
Suatu permohonan perubahan atau pembatalan notis penguatkuasaan oleh
pengguna data yang berkaitan kepada Pesuruhjaya di bawah seksyen 109 Akta hendaklah
dibuat secara bertulis.
9