P.U. (A) 335
AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010
PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2013
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 143 Akta Perlindungan Data
Peribadi 2010 [Akta 709], Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Nama dan permulaan kuat kuasa
1.
(1)
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Perlindungan Data Peribadi 2013.
(2)
Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 15 November 2013.
Tafsiran
2.
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna
yang lain—
“pegawai pemeriksa” ertinya seorang pegawai yang diambil kerja oleh
Pesuruhjaya di bawah seksyen 51 Akta bagi maksud menjalankan suatu pemeriksaan
di bawah seksyen 101 Akta;
“standard” ertinya suatu kehendak minimum yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya,
yang memperuntukkan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis
panduan atau ciri-ciri bagi aktiviti atau keputusan aktiviti itu, yang matlamatnya adalah
pencapaian peringkat susunan yang optimum dalam sesuatu konteks yang diberikan.
4