P.U. (A) 335 Keengganan permintaan mengakses data 10. Bagi maksud perenggan 32(1)(a) dan (b) Akta, “apa-apa maklumat yang dikehendaki dengan munasabah olehnya” ertinya nama, nombor kad pengenalan, alamat dan apa-apa maklumat lain yang berkaitan sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Pesuruhjaya. Penerimaan permintaan pembetulan data 11. Apabila menerima permintaan pembetulan data menurut subseksyen 34(1) Akta, pengguna data hendaklah mengakui penerimaan permintaan itu. Penalti 12. Mana-mana pengguna data yang melanggar subperaturan 3(1), peraturan 6, 7 dan 8 melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. BAHAGIAN III PEMERIKSAAN Notis pemeriksaan 13. Pesuruhjaya boleh memberitahu pengguna data secara bertulis tentang niatnya untuk menjalankan pemeriksaan di bawah seksyen 101 Akta. Sistem data peribadi hendaklah terbuka untuk pemeriksaan 14. (1) Sistem data peribadi hendaklah pada sepanjang masa yang munasabah terbuka untuk diperiksa oleh Pesuruhjaya atau mana-mana pegawai pemeriksa. (2) Bagi maksud pemeriksaan di bawah seksyen 101 Akta , Pesuruhjaya atau pegawai pemeriksa boleh menghendaki pengemukaan kepadanya— (a) berhubung dengan prinsip am, rekod persetujuan daripada subjek data yang disenggara berkenaan dengan pemprosesan data peribadi oleh pengguna data; 8

Sélectionner le paragraphe cible3