924
Current Law Journal
[2015] 8 CLJ
established. Thus, the restrictions imposed in s. 4(1) fell squarely within
the ambit or parameter of art. 10(2) (a) of the Constitution. Section 4(1)
of the Act does not run counter to art. 10(2)(a) of the Constitution. The
first question was answered in the negative. (paras 43 & 44)
[Matter to be remitted to Sessions Court for proceedings to be continued without
further delay.]
A
B
Bahasa Malaysia Translation Of Headnotes
Defendan telah dipertuduh di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur
untuk kesalahan di bawah s. 4(1)(b) dan secara alternatif di bawah s. 4(1)(c)
Akta Hasutan 1948 (‘Akta’). Pertuduhan-pertuduhan adalah berkaitan
dengan dua kenyataan menghasut yang dibuat oleh defendan seperti yang
dilaporkan oleh Malay Mail Online pada 14 Ogos 2014 iaitu ‘You don’t
want a repeat of that, where a secret meeting took place ...’ dan ‘I think what
happened in Perak was legally wrong. The best thing to do is do it as legally
and transparently as possible.’ Defendan telah memohon untuk dibicarakan.
Sebelum permulaan perbicaraan, defendan memohon kepada Mahkamah
Sesyen untuk merujuk persoalan perlembagaan Akta tersebut ke Mahkamah
Tinggi. Pada 5 November 2014, menurut s. 84 Akta Mahkamah Kehakiman
1964, Mahkamah Tinggi melalui satu kes khas merujuk soalan-soalan berikut
ke mahkamah ini (i) sama ada s. 4(1) Akta bercanggah dengan per. 10(2)
Perlembagaan Persekutuan (‘Perlembagaan’) dan dengan itu terbatal menurut
per. 4(1) Perlembagaan (‘soalan pertama’); dan (ii) sama ada Akta merupakan
suatu Akta yang sah dan berkuatkuasa menurut Perlembagaan (‘soalan
kedua’).
Diputuskan (menjawab soalan pertama secara negatif; menjawab soalan
kedua secara positif)
Oleh Arifin Zakaria KHN menyampaikan penghakiman mahkamah:
(1) Akta tersebut pertama kali digubal sebagai Ordinan Hasutan 1948
(‘Ordinan’) oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan telah mula
berkuatkuasa pada 17 Julai 1948. Ordinan mempunyai kesan di seluruh
Persekutuan Tanah Melayu. Ordinan mencuba untuk menggabungkan
pelbagai Enakmen Hasutan yang wujud dalam Negeri-Negeri Melayu
dan Negeri-Negeri Selat ke dalam satu undang-undang tunggal. Ordinan
kemudiannya disemak semula pada tahun 1969 di bawah Akta
Penyemakan Undang-Undang dan dinamakan semula sebagai Akta
Hasutan 1948. Ia adalah undang-undang pra-merdeka. Isu yang timbul
adalah sama ada ia diselamatkan oleh per. 162 Perlembagaan.
(2) Perkara 162 Perlembagaan adalah peruntukan peralihan yang bertujuan
untuk memastikan penerusan segala undang-undang yang sedia ada
selepas Hari Merdeka dengan apa-apa ubah suaian sebagaimana yang
dibuat di bawah perkara tersebut dan tertakluk kepada apa-apa pindaan
yang dibuat oleh Undang-Undang Persekutuan atau Negeri. Di bawah
per. 162(6), mahkamah atau tribunal diberi kuasa selanjutnya untuk
C
D
E
F
G
H
I