P.U. (A) 335 Prinsip Notis dan Pilihan Perincian tentang pengguna data 4. Bagi maksud perenggan 7(1)(d) Akta, pengguna data hendaklah sekurang- kurangnya memberikan subjek data perincian seperti yang berikut: (a) perjawatan orang yang boleh dihubungi; (b) nombor telefon; (c) nombor faks, sekiranya ada; (d) alamat e-mel, sekiranya ada; dan (e) apa-apa maklumat lain yang berkaitan. Prinsip Penzahiran Senarai penzahiran 5. Pengguna data hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu senarai penzahiran kepada pihak ketiga bagi maksud perenggan 8(b) Akta berhubung dengan data peribadi subjek data yang telah atau sedang diproses olehnya. Prinsip Keselamatan Polisi keselamatan 6. (1) Pengguna data hendaklah membangunkan dan melaksanakan suatu polisi keselamatan bagi maksud seksyen 9 Akta. (2) Pengguna data hendaklah memastikan polisi keselamatan yang disebut dalam subperenggan (1) mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Pesuruhjaya. 6

Select target paragraph3