P.U. (A) 335
Keengganan permintaan mengakses data
10.
Bagi maksud perenggan 32(1)(a) dan (b) Akta, “apa-apa maklumat yang
dikehendaki dengan munasabah olehnya” ertinya nama, nombor kad pengenalan, alamat
dan apa-apa maklumat lain yang berkaitan sebagaimana yang boleh ditentukan oleh
Pesuruhjaya.
Penerimaan permintaan pembetulan data
11.
Apabila menerima permintaan pembetulan data menurut subseksyen 34(1) Akta,
pengguna data hendaklah mengakui penerimaan permintaan itu.
Penalti
12.
Mana-mana pengguna data yang melanggar subperaturan 3(1), peraturan 6, 7
dan 8 melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua
ratus lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua
tahun atau kedua-duanya.
BAHAGIAN III
PEMERIKSAAN
Notis pemeriksaan
13.
Pesuruhjaya boleh memberitahu pengguna data secara bertulis tentang niatnya
untuk menjalankan pemeriksaan di bawah seksyen 101 Akta.
Sistem data peribadi hendaklah terbuka untuk pemeriksaan
14.
(1)
Sistem data peribadi hendaklah pada sepanjang masa yang munasabah
terbuka untuk diperiksa oleh Pesuruhjaya atau mana-mana pegawai pemeriksa.
(2)
Bagi maksud pemeriksaan di bawah seksyen 101 Akta , Pesuruhjaya atau
pegawai pemeriksa boleh menghendaki pengemukaan kepadanya—
(a)
berhubung dengan prinsip am, rekod persetujuan daripada subjek
data yang disenggara berkenaan dengan pemprosesan data
peribadi oleh pengguna data;
8