Hasutan (Pindaan)
9
(c) appears to be promoting feeling of ill will, hostility
or hatred between persons or groups of persons on
the ground of religion,
the Sessions Court Judge shall make an order directing
an officer authorized under the Communications and
Multimedia Act 1998 [Act 588] to prevent access to such
publication.”.
HURAIAN
Pada malam menjelang Hari Malaysia 2011, Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri telah memberi jaminan untuk membawa suatu titik perubahan
untuk menambah baik sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. Jaminan
ini diulangi pada Julai 2012 dan keputusan telah dibuat agar Akta Hasutan
1948 dimansuhkan. Walau bagaimanapun, hal keadaan semenjak tarikh itu
telah menunjukkan bahawa Akta Hasutan 1948 masih relevan seiring dengan
pengiktirafan bahawa terdapat keperluan untuk meningkatkan perlindungan
terhadap penyalahgunaan Akta itu untuk membendung kritikan yang sah
terhadap Kerajaan dan perbincangan isu yang menjadi kebimbangan rakyat
Malaysia. Antara isu yang menjadi kebimbangan itu adalah lontaran komen,
penyebaran maklumat dan penerbitan yang memudaratkan dan berniat jahat yang
menjadi-jadi yang menggugat ciri-ciri negara Malaysia yang paling bernilai
– toleransi dan keharmonian kaum dan agama di kalangan masyarakat yang
berbilang kaum, agama dan budaya. Apa yang lebih membimbangkan adalah
suara yang menuntut pemisahan Negeri-Negeri dalam Persekutuan Malaysia
yang ditubuhkan melalui persetujuan bersama rakyat Malaysia dan bidasan
yang tidak wajar terhadap institusi beraja di Malaysia, Yang-di Pertuan Agong
dan Raja-Raja bagi Negeri-Negeri.
Maka, dengan latar belakang ini Kerajaan telah memutuskan agar Akta
Hasutan 1948 (“Akta 15”) dikekalkan pada masa ini dengan penambahan
langkah-langkah dan hukuman yang diperkukuh bagi menangani ancaman
terhadap keamanan, ketenteraman awam dan keselamatan di Malaysia, khususnya
ancaman melalui penyalahgunaan yang tidak bertanggungjawab platform media
sosial dan peranti komunikasi yang lain untuk mengembangkan keadaan pecah
belah dan untuk menghina kaum, agama, budaya, dsb. sesuatu masyarakat di
Malaysia tanpa menghiraukan kesannya.
2. Fasal 1 Rang Undang-Undang mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan
mengenai permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan.
3. Fasal 2 Rang Undang-Undang bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 15
untuk memasukkan takrif “by electronic means”. Istilah ini adalah berbangkit
daripada pindaan yang dibuat kepada seksyen 10 Akta 15 dan kemasukan
seksyen baru 10a ke dalam Akta 15.