P.U. (A) 335
Prinsip Notis dan Pilihan
Perincian tentang pengguna data
4.
Bagi maksud perenggan 7(1)(d) Akta, pengguna data hendaklah sekurang-
kurangnya memberikan subjek data perincian seperti yang berikut:
(a)
perjawatan orang yang boleh dihubungi;
(b)
nombor telefon;
(c)
nombor faks, sekiranya ada;
(d)
alamat e-mel, sekiranya ada; dan
(e)
apa-apa maklumat lain yang berkaitan.
Prinsip Penzahiran
Senarai penzahiran
5.
Pengguna data hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu senarai penzahiran
kepada pihak ketiga bagi maksud perenggan 8(b) Akta berhubung dengan data peribadi
subjek data yang telah atau sedang diproses olehnya.
Prinsip Keselamatan
Polisi keselamatan
6.
(1)
Pengguna data hendaklah membangunkan dan melaksanakan suatu polisi
keselamatan bagi maksud seksyen 9 Akta.
(2)
Pengguna data hendaklah memastikan polisi keselamatan yang disebut
dalam subperenggan (1) mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan dari semasa ke
semasa oleh Pesuruhjaya.
6