P.U. (A) 335 (b) berhubung dengan prinsip notis dan pilihan, rekod notis bertulis yang dikeluarkan oleh pengguna data kepada subjek data mengikut seksyen 7 Akta; (c) berhubung dengan prinsip penzahiran, senarai penzahiran kepada pihak ketiga bagi maksud perenggan 8(b) Akta berkenaan dengan data peribadi yang telah atau sedang diproses olehnya; (d) berhubung dengan prinsip keselamatan, polisi keselamatan yang dibangunkan dan dilaksanakan oleh pengguna data bagi maksud seksyen 9 Akta; (e) berhubung dengan prinsip penyimpanan, rekod pematuhan mengikut standard penyimpanan; (f) berhubung dengan prinsip integriti data, rekod pematuhan mengikut standard integriti data; atau (g) apa-apa maklumat lain yang berkaitan yang disifatkan perlu oleh Pesuruhjaya atau pegawai pemeriksa. BAHAGIAN IV NOTIS PENGUATKUASAAN Permohonan perubahan atau pembatalan notis penguatkuasaan 15. Suatu permohonan perubahan atau pembatalan notis penguatkuasaan oleh pengguna data yang berkaitan kepada Pesuruhjaya di bawah seksyen 109 Akta hendaklah dibuat secara bertulis. 9

Select target paragraph3