P.U. (A) 335
BAHAGIAN II
PRINSIP PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
Prinsip Am
Persetujuan subjek data
3.
(1)
Seorang pengguna data hendaklah memperoleh persetujuan daripada
seorang subjek data berhubung dengan pemprosesan data peribadi dalam apa-apa bentuk
yang persetujuan itu boleh direkodkan dan disenggarakan dengan sewajarnya oleh
pengguna data itu.
(2)
Sekiranya bentuk persetujuan dalam subperaturan (1) yang diberikan
melibatkan juga perkara lain, kehendak untuk memperoleh persetujuan hendaklah
dikemukakan secara berbeza dalam pengemukaaannya daripada perkara lain itu.
(3)
Seorang pengguna data hendaklah mendapatkan persetujuan yang disebut
dalam subperaturan (1) daripada ibu bapa, penjaga atau seseorang yang mempunyai
tanggungjawab ibu bapa terhadap subjek data, sekiranya subjek data itu berumur bawah
lapan belas tahun.
(4)
Seorang pengguna data hendaklah mendapatkan persetujuan yang disebut
dalam subperaturan (1) daripada seseorang yang dilantik oleh mahkamah untuk
menguruskan hal-ehwal subjek data atau seseorang yang diberikan kuasa secara bertulis
oleh subjek data untuk bertindak bagi pihaknya sekiranya subjek data itu tidak berupaya
untuk menguruskan hal-ehwalnya sendiri.
(5)
Beban pembuktian bagi persetujuan yang disebut dalam subperaturan (1)
hendaklah terletak pada pengguna data.
5