P.U. (A) 335 (3) Pengguna data hendaklah memastikan bahawa standard keselamatan dalam memproses data peribadi dipatuhi oleh mana-mana pemproses data yang menjalankan pemprosesan data peribadi bagi pihak pengguna data itu. Prinsip Penyimpanan Standard penyimpanan 7. Bagi maksud seksyen 10 Akta, data peribadi seorang subjek data hendaklah disimpan mengikut standard penyimpanan yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Pesuruhjaya. Prinsip Integriti Data Standard integriti data 8. Bagi maksud seksyen 11 Akta, pengguna data hendaklah memproses data peribadi mengikut standard integriti data yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Pesuruhjaya. Prinsip Akses Permintaan mengakses data 9. (1) Jika seorang subjek data tidak menghendaki suatu salinan data peribadi, subjek data hendaklah memaklumkan secara bertulis tentang niatnya kepada pengguna data apabila membuat permintaan mengakses data peribadinya. (2) Apabila pengguna data menerima permintaan mengakses data daripada subjek data menurut subseksyen 30(2) Akta, pengguna data hendaklah mengakui penerimaan permintaan itu. 7

Select target paragraph3