2
Rang Undang-Undang
(3) Pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, apa-apa
permohonan bagi suatu perintah di bawah Akta yang dimansuhkan
yang dibuat sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini
atau apa-apa prosiding berkenaan dengan permohonan itu yang
belum selesai di bawah Akta yang dimansuhkan boleh diteruskan
seolah-olah Akta yang dimansuhkan masih berkuat kuasa.
(4) Pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, apa-apa
penyiasatan, pendakwaan atau prosiding berkenaan dengan
apa-apa kesalahan di bawah Akta yang dimansuhkan yang
belum selesai di bawah Akta yang dimansuhkan boleh diteruskan
seolah-olah Akta yang dimansuhkan masih berkuat kuasa.
HURAIAN
Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk memansuhkan Akta Antiberita Tidak
Benar 2018 (“Akta 803”).
2.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas Akta yang dicadangkan.
3. Fasal 2 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pemansuhan
Akta 803 disebabkan oleh perubahan dasar Kerajaan bahawa berita tidak benar
boleh ditangani di bawah undang-undang sedia ada seperti Kanun Keseksaan
[Akta 574], Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301] dan
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]. Oleh itu, Akta 803 tidak
lagi relevan. Fasal ini juga mengandungi peruntukan kecualian.
IMPLIKASI KEWANGAN
Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan dalam apa-apa
perbelanjaan wang tambahan.
[PN(U2)3123]