2 Rang Undang-Undang (3) Pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, apa-apa permohonan bagi suatu perintah di bawah Akta yang dimansuhkan yang dibuat sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini atau apa-apa prosiding berkenaan dengan permohonan itu yang belum selesai di bawah Akta yang dimansuhkan boleh diteruskan seolah-olah Akta yang dimansuhkan masih berkuat kuasa. (4) Pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, apa-apa penyiasatan, pendakwaan atau prosiding berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta yang dimansuhkan yang belum selesai di bawah Akta yang dimansuhkan boleh diteruskan seolah-olah Akta yang dimansuhkan masih berkuat kuasa. HURAIAN Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 (“Akta 803”). 2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas Akta yang dicadangkan. 3. Fasal 2 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pemansuhan Akta 803 disebabkan oleh perubahan dasar Kerajaan bahawa berita tidak benar boleh ditangani di bawah undang-undang sedia ada seperti Kanun Keseksaan [Akta 574], Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301] dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]. Oleh itu, Akta 803 tidak lagi relevan. Fasal ini juga mengandungi peruntukan kecualian. IMPLIKASI KEWANGAN Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan. [PN(U2)3123]

Sélectionner le paragraphe cible3